KUALA TRENGGANU: Muafakat yang kukuh dan utuh melalui persepakatan kerja menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Trengganu merupakan tanda-tanda awal kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Mohd Abdul Wahid Endut.

"Pendahuluan pilihanraya sehingga penamaan calon, sehingga hari ini telah membuktikan keutuhan Pakatan Rakyat dengan kerjasama yang sangat kukuh adalah kemenangan awal yang lebih penting yang akan kita teruskan."
"Perpaduan kita semakin hari semakin kukuh dan kita mengharapkan pilihanraya kecil Kuala Trengganu menjadi satu anjakan paradigma kepada seluruh negara untuk kita membuat perubahan yang seterusnya," kata Presiden PASD, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau menyatakjan demikian dalam sidang media bersama pemimpin Pakatan Rakyat di Markaz Besar Pilihanraya di Kuala Ibai di sini, Ahad lepas.
Beliau sebelum itu mengalu-ngalukan kedatangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang datang untuk turut sama berkempen dalam pilihanraya kecil itu.

Berucap selepas itu, Lim Guan Eng berkata, beliau datang sebagai pemimpin DAP untuk memberikan abantuan dan berkempen bagi calon Pakatan Rakyat daripada PAS itu.
Ketuaq Menteri Pulau Pinang itu yakin dengan sokongan padu parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat akan membuahkan kejayaan kepada calon PAS.
"Saya berharap pada 17 Januari kita akan gelarkan (Abdul Wahid) sebagai YB-YB (YB dua kali) dengan kemenangan hasil sokongan dan kerjasama oleh semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat," ujarnya.
Guan Eng yang juga Ajhli Parlimen Bagan turut melancarkan skrin elektronik besar yang ditempatkan di atas sebuah lori yang digunakan uantuk aktiviti berkempen.
Datuk Seri Wan Azizah pula berkata, PKR memberikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Rakyat deripada PAS.
"Abdul Wahid insyaAllah akan menang dan kita (PKR) akan bekerja sedaya upaya untuk memenangkan beliau. Sekiranya beliau menang , kita akan dapat menunjukkan "indeks prestasi" (key performance index) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan dipenuhi," ujarnya.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk Jentera Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub dan Abdul Wahid.